Alumni UiTM Perlis Malaysia

think of alumni, think of giving back...

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 11, PERSATUAN ALUMNI UITM PERLIS

Tarikh : 10 April 2021
Masa : 2 petang
Venue : Dewan Seroja, Tingkat 1, Kelab Golf Perkhidmatan Awam

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Mohamed Azahari Mohamed Kamil Mantan Penasihat persatuan yang juga Ahli Seumur Hidup. Mesyuarat dijalankan secara hybrid (fizikal dan maya - zoom meeting).

Turut hadir ialah Penasihat 3 Persatuan, Tuan Haji Abd Latiff Mohd Tahir.

Mesyuarat kali ini juga telah menyaksikan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa Baru untuk penggal 2021-2022. Abdul Rani Hj Mohd Salleh telah dilantik sebagai Presiden menggantikan Haji Mohd Daud Dahar. Manakala Setiausaha ialah Tengku Nurul Adillah Tengku Hamzah menggantikan Zarina Ahmad. Bendahari kekal dijawat oleh Kamaruddin Abd Ghaffar.